1. Perihal kami
Laman Web yang menyediakan Terma Penggunaan Laman Web ini dikendalikan oleh Work Angel Technology Limited (kami atau kita). Nombor syarikat berdaftar kami ialah 08223675 dan alamat berdaftar kami ialah di The Glassmill, Tingkat 4, 1 Battersea Bridge Road, London SW11 3BZ.
2. Terma Penggunaan Laman Web
2.1 Ini merupakan Terma Penggunaan Laman Web untuk www.workangel.com, www.wamapp.net (dan semua subdomain bagi mana-mana satu) (Laman Web). Sila baca terma ini dengan teliti sebelum anda mula menggunakan Laman Web ini. Jika anda tidak bersetuju dengan terma penggunaan ini, sila jangan gunakan Laman Web ini. Dengan menggunakan Laman Web ini, anda:
a) bersetuju untuk terikat dengan Terma Penggunaan Laman Web ini; dan
b) memeterai perjanjian yang mengikat dengan kami berdasarkan Terma Penggunaan Laman Web ini.
2.2 Jika kami menggunakan istilah yang ditulis dengan huruf besar dalam Terma Penggunaan Laman Web ini yang tidak ditakrifkan, sila lihat definisi yang berkenaan dalam Terma Pengguna.
2.3 Kami mungkin mengubah Terma Penggunaan Laman Web ini dari semasa ke semasa. Jika anda terus menggunakan Laman Web selepas sebarang semakan tersebut berkuat kuasa, maka anda akan dianggap telah bersetuju dengan Terma Penggunaan Laman Web yang telah disemak semula.
2.4 Terma Penggunaan Laman Web ini telah terakhir dikemaskinikan pada 27 Ogos 2015.
3. Terma lain yang berkenaan
Selain daripada Terma Penggunaan Laman Web ini, terma tambahan yang berikut juga terpakai untuk Laman Web, Aplikasi dan Perkhidmatan kami yang anda dan/atau pengguna anda gunakan (dan, jika berkaitan, digabungkan melalui rujukan Terma Penggunaan Laman Web ini):
a) Terma Pengguna kami (yang mesti dipersetujui oleh setiap Pengguna dan yang terpakai untuk penggunaan Perkhidmatan kami oleh setiap Pengguna individu);
b) Terma Perkhidmatan kami dengan Majikan anda;
c) Dasar Privasi dan Kuki kami;
d) Perjanjian Lesen Pengguna Akhir kami (yang terpakai untuk penggunaan Aplikasi kami); dan
e) Terma Sokongan dan Penyelenggaraan kami.
4. Akses kepada Laman Web
4.1 Anda bertanggungjawab untuk memastikan sistem komputer anda memenuhi semua spesifikasi teknikal yang diperlukan untuk membolehkan anda mengakses dan menggunakan Laman Web dan serasi dengan Laman Web.
4.2 Kami tidak dapat menjamin kebolehoperasian Laman Web yang berterusan, tanpa gangguan atau bebas ralat. Akses ke Laman Web dibenarkan secara sementara dan kami berhak untuk menarik balik, mengubah suai atau menggantungkan perkhidmatan yang kami sediakan di Laman Web tanpa notis. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas sebarang ketidaktersediaan, pengubahsuaian, penggantungan atau penarikan balik Laman Web, atau sebarang ciri, bahagian atau kandungan Laman Web pada bila-bila masa untuk sebarang tempoh.
4.3 Kami mungkin, dari semasa ke semasa, mengehadkan akses kepada ciri, bahagian atau kandungan tertentu Laman Web, atau keseluruhan Laman Web, kepada pengguna yang telah berdaftar dengan kami. Sila lihat Terma Penggunakami untuk maklumat lanjut tentang cara mendaftar akaun.
5. Perkara yang anda dibenarkan lakukan
Anda hanya boleh menggunakan Laman Web ini untuk kegunaan bukan komersial dan hanya mengikut terma dan syarat ini. Anda boleh mendapatkan dan memaparkan kandungan daripada Laman Web pada skrin komputer, mencetak dan menyalin halaman individu dan, tertakluk pada bahagian seterusnya, menyimpan halaman tersebut dalam bentuk elektronik. Terma tambahan juga mungkin terpakai untuk ciri, bahagian atau kandungan tertentu Laman Web dan, jika terpakai, akan dipaparkan sebelum anda mengakses ciri, bahagian atau kandungan yang berkaitan.
6. Perkara yang anda tidak dibenarkan lakukan
6.1 Kecuali setakat yang dinyatakan secara nyata dalam terma dan syarat ini, anda tidak dibenarkan untuk:
a) menyimpan halaman Laman Web pada pelayan atau peranti storan lain yang disambungkan ke rangkaian atau mencipta pangkalan data elektronik dengan memuat turun dan menyimpan semua halaman Laman Web secara sistematik;
b) mengalih keluar atau menukar sebarang kandungan Laman Web atau cuba memintas keselamatan atau mengganggu operasi Laman Web atau pelayan tempat kandungan dihoskan;
c) menggunakan Laman Web untuk menghantar, atau memperoleh penghantaran, sebarang bahan pengiklanan atau promosi yang tidak diminta atau tidak dibenarkan atau sebarang bentuk pengumpanan serupa (spam) yang lain;
d) menggunakan Laman Web untuk secara sengaja menghantar sebarang data, menghantar atau memuat naik sebarang bahan yang mengandungi virus, kuda trojan, cecacing, bom jangka, pencatat kekunci, perisian intip, perisian iklan atau sebarang program berbahaya yang lain atau kod komputer serupa yang direka bentuk untuk menjejaskan operasi sebarang perisian atau perkakasan komputer;
e) cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran ke Laman Web, pelayan tempat Laman Web disimpan atau sebarang pelayan, komputer atau pangkalan data yang disambungkan ke Laman Web kami.
f) cuba serangan penafian perkhidmatan untuk menjadikan Laman Web dan/atau rangkaian tidak tersedia untuk pengguna;
g) menghasilkan semula, menduplikasi, menyalin atau menjual semula mana-mana bahagian Laman Web tanpa persetujuan kami atau melanggar terma dan syarat ini; atau
h) mencipta pautan ke Laman Web daripada mana-mana laman web lain, tanpa persetujuan bertulis kami terlebih dahulu.
7. Hak harta intelek
7.1 Kami merupakan pemilik atau pemegang lesen bagi semua hak harta intelek dalam mana-mana kandungan Laman Web (termasuk teks, grafik, perisian, fotograf dan imej, video, bunyi, tanda dagangan dan logo yang lain).
7.2 Kecuali seperti yang dinyatakan secara nyata di sini, tiada apa-apa dalam terma dan syarat ini yang memberi anda sebarang hak berkenaan dengan mana-mana harta intelek yang kami atau pemberi lesen kami miliki dan anda mengakui bahawa anda tidak memperoleh sebarang hak pemilikan dengan memuat turun kandungan daripada Laman Web.
7.3 Anda tidak boleh mengubah suai salinan kertas atau digital bagi sebarang bahan yang telah anda cetak atau muat turun dalam apa-apa jua cara, dan anda tidak boleh menggunakan sebarang ilustrasi, fotograf, urutan video atau audio atau sebarang grafik secara berasingan daripada mana-mana teks yang disertakan. Sekiranya anda mencetak, menyalin atau menyimpan halaman daripada Laman Web (hanya seperti yang dibenarkan oleh terma dan syarat ini), anda mesti memastikan bahawa sebarang notis hak cipta, tanda dagangan atau hak harta intelek lain yang terkandung dalam kandungan asal diterbitkan semula.
7.4 Status kami (dan mana-mana penyumbang yang dikenal pasti) sebagai pengarang bahan di Laman Web kami mesti sentiasa diakui dan anda tidak boleh menggunakan mana-mana bahagian bahan di Laman Web anda untuk tujuan komersial tanpa mendapatkan lesen untuk berbuat demikian daripada kami atau pemberi lesen kami.
7.5 Jika anda mencetak, menyalin atau memuat turun mana-mana bahagian Laman Web yang melanggar terma penggunaan ini, hak anda untuk menggunakan Laman Web akan ditamatkan serta-merta dan anda mesti, atas pilihan kami, memulangkan atau memusnahkan mana-mana salinan bahan yang telah anda buat.
8. Kandungan
8.1 Kami mungkin mengubah format dan kandungan Laman Web dari semasa ke semasa. Anda bersetuju bahawa penggunaan Laman Web ini adalah atas dasar 'sebagaimana adanya' dan 'sebagaimana tersedia' dan atas risiko anda sendiri.
8.2 Walaupun kami cuba memastikan bahawa semua maklumat yang terkandung di Laman Web (selain daripada kandungan yang dijana oleh pengguna) adalah betul, maklumat ini tidak bertujuan untuk menjadi kuasa atau nasihat yang boleh dijadikan sandaran. Anda harus menyemak dengan kami atau sumber maklumat yang berkaitan sebelum bertindak berdasarkan maklumat tersebut.
8.3 Kami tidak boleh dan tidak menjamin bahawa mana-mana kandungan Laman Web akan bebas daripada virus dan/atau kod lain yang mungkin mempunyai unsur-unsur pencemaran atau pemusnah. Anda bertanggungjawab untuk melaksanakan perlindungan keselamatan IT yang sesuai (termasuk antivirus dan pemeriksaan keselamatan lain) bagi memenuhi keperluan khusus anda mengenai keselamatan dan kebolehpercayaan kandungan.
9. Transaksi yang diselesaikan melalui Laman Web
Sebarang transaksi yang anda selesaikan melalui laman web tertakluk pada Terma Pengguna kami.
10. Perlindungan Data dan Privasi
Penggunaan maklumat peribadi anda yang dihantar melalui Laman Web dikawal oleh Dasar Privasi dan Kuki kami.
11. Umum
11.1 Untuk butiran lanjut berkaitan dengan terma penggunaan Laman Web anda, sila lihat Terma Pengguna kami dan khususnya subtajuk terma tersebut berikut:
a) Mendaftar akaun;
b) Peruncit;
c) Pulangan Tunai;
d) Menyiarkan Kandungan;
e) Pautan Luar;
f) Ketersediaan dan pengendalian Perkhidmatan, Laman Web dan Aplikasi;
g) Hak Harta Intelek;
h) Liabiliti kami; dan
i) Menutup akaun anda.
12. Undang-undang yang Mentadbir
Terma dan Syarat Laman Web ini dan terma lain kami yang digabungkan melalui rujukan akan ditadbir oleh undang-undang Inggeris dan anda bersetuju bahawa sebarang pertikaian antara kami tentang Terma dan Syarat Laman Web ini akan tertakluk pada bidang kuasa eksklusif mahkamah Inggeris.
13. Menghubungi kami
Sila kemukakan sebarang soalan yang anda ada tentang Terma dan Syarat Laman Web ini atau sebarang masalah tentang Laman Web dan penggunaannya kepada kami melalui cara berikut:
- melalui laman web
- melalui e-mel di support@workangel.com
- melalui pos ke Work Angel Technology Limited, The Glassmill, Tingkat 4, 1 Battersea Bridge Road, London SW11 3BZ.